Hulbah ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Hulbah juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.
Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab.
HADITS HULBAH
Rasulullah saw bersabda : " Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "
(Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang
sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah
datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau menganjurkan agar Saad makan
Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
NAMA – NAMA HULBAH
Other names for fenugreek | |||
Latin: | Trigonella foenum-graecum L.; Foenugraeci semen (for the seed) | ||
Amharic/Ethiopian: | Abish | Italian: | Fieno Greco |
Arabic: | Hulba, | Japanese: | Koroha |
Chinese: | Hu-lu-ba, | Norwegian: | Bukkehonrkløver |
Dutch: | Fenegriek | Portuguese: | Alforva, |
Farsi: | Sambelilé | Russian: | Pazhitnik, |
Finnish: | Sarviapila | Sanskrit: | Methi, |
French: | Fenugrec, | Spanish: | Alholva, |
German: | Bockshornsamen (seed), | Swahili: | Uwatu |
Hebrew: | Hilbeh | Swedish: | Bockshornklee |
Hungarian: | Görögszéna | Turkish: | Çemen |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar